Tuesday, 3 March 2015

Cantik Punya Parking Lim Guang Eng :)


cakap BERDEGAR-DEGAR kononnya ikut contoh Umar abdul Aziz...
tapi hakikatnya... HENTAM SAJALAAA...

Guan Eng tidak faham sentimen orang Pulau Pinang

Ramesh mewakili PMSP menyeru pucuk pimpinan DAP untuk menggantikan YB Lim Guan Eng dengan segera dan memberi peluang kepada kalangan anak watan Pulau Pinang yang mampu mentadbir negeri dengan lebih baik
misc_0693_300KUALA LUMPUR: Presiden Minda & Sosial Prihatin (PSMP), Ramesh Rao menyerahkan surat gesaan kepada Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Tan Kok Wai agar Lim Guan Eng digugurkan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Tujuan kami menghantar surat ini adalah untuk mendesak parti DAP melucutkan jawatan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan menggantikannya dengan anak watan Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri.
“Antara faktor kenapa beliau patut digantikan adalah isu rumah murah. Sejak bulan Mac 2008 iaitu sebaik sahaja kerajaan negeri bertukar tangan, saya boleh katakan tiada rumah kos rendah dibina untuk rakyat kurang berkemampuan. Malah, apa yang dijanji cuma di atas kertas sahaja. Keadaan ini sangat berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional dahulu.
Menurut Ramesh, isu caj tempat letak kereta juga perlu diambil kira memandangkan ia mendatangkan beban kepada rakyat Pulau Pinang.
“Dulu pada tahun 2008, sebelum PRU, mereka janji tidak akan kenakan caj parking. Namun sekarang bukan sahaja penduduk dikenakan caj untuk parking. Tetapi jika tersalah ‘parking’ sedikit, mereka akan kenakan kompaun dan kereta akan ditarik. Ini menunjukkan seolah-olah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menjadikan caj ‘parking’ itu sebagai salah satu sumber pendapatan negeri,” katanya.
Selain itu juga, tarif air di Pulau Pinang juga dinaikkan biarpun baru enam tahun DAP memerintah Pulau Pinang.
“Defisit Pulau Pinang juga meningkat sehingga RM 252 juta sejak 2008 yang mana ia tidak berlaku sewaktu pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
“Pelaburan di Pulau Pinang juga merundum yang mana bagi tempoh pertama tahun 2014, Pulau Pinang hanya mencatat sekadar RM 240 juta.
Sehubungan itu, Ramesh mewakili PMSP menyeru pucuk pimpinan DAP untuk menggantikan YM Lim Guan Eng dengan segera dan memberi peluang kepada anak watan Pulau Pinang yang mana mampu mentadbir negeri dengan lebih baik.
“Guan Eng orang Melaka, beliau tidak faham sentimen orang Pulau Pinang dan komuniti mamak,” akhirinya.