Wednesday, 27 August 2014

Berdagang dengan Palestin, bukan Israel

AKHIRNYA TERJAWAB SUDAH BEBERAPA TUDUHAN DAN CELAAN YANG TIDAK BERASAS DARIPADA SESETENGAH PIHAK KHUSUSNYA PEMBANGKANG YANG MENDAKWA MALAYSIA MELAKUKAN HUBUNGAN PERDAGANGAN SECARA LANSUNG DENGAN ISRAEL..
JAWAPAN DARIPADA Datuk Seri Mustapa Mohamed TELAH MENYANGKAL TUDUHAN LIAR DARIPADA MEREKA..

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kerajaan Malaysia tidak menjalinkan hubungan ekonomi secara langsung dengan Israel, namun menegaskan eksport negara ke Palestin terpaksa melalui Israel yang mengawal laluan perdagangan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pintu masuk ke Palestin dikawal oleh pihak berkuasa sempadan Israel kecuali di sempadan Mesir - Semenanjung Gaza, dan Mesir hanya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan makanan ke Palestin melalui sempadan Rafah.
Beliau berkata, segala aktiviti perdagangan tidak langsung di antara Malaysia dan kawasan tersebut juga adalah untuk menyokong pembangunan ekonomi dan bantuan kemanusiaan rakyat Palestin.
"Dasar luar Malaysia adalah tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel. Sejajar dengan dasar tersebut dan ditunjangi prinsip kemanusiaan dan keamanan dunia, kementerian menyokong penuh gesaan komuniti antarabangsa dalam mendesak agar kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, pihaknya difahamkan seramai 40,000 rakyat Palestin memasuki Israel setiap hari yang mana seramai 30,000 daripadanya adalah untuk bekerja manakala seramai 10,000 mendapat permit untuk bermalam di Israel.
"Berdasarkan pemerhatian terdapat tiga cara perdagangan dengan Israel, pertama secara amalan rangkaian bekalan antarabangsa syarikat-syarikat antarabangsa (MNC), produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel dan eksport ke Israel tetapi berkemungkinan bukan secara langsung kerana dihantar dari negara-negara ketiga," jelas beliau.
Jelas Mustapa lagi, perangkaan Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) menunjukkan pada tahun 2013 Malaysia menduduki tangga ke-32 dalam senarai pengeksport ke Israel dan tangga ke-12 dalam senarai pengimport dari Israel.
"Data yang dikeluarkan oleh ITC mencerminkan eksport mengikut negara asal (country of origin), iaitu kemasukan barangan buatan Malaysia ke Israel melalui negara ketiga seperti Singapura dan Hong Kong yang turut direkodkan sebagai eksport dari Malaysia. Cara merekod perdagangan seperti ini diamalkan oleh kebanyakan negara lain.
"Amalan perniagaan dan pelaburan antarabangsa ini adalah berada di luar kawalan Kerajaan Malaysia," kata beliau lagi.
Bagaimanapun katanya, kewujudan amalan tersebut tidak menjejaskan pendirian dan ketegasan Kerajaan Malaysia dalam menyokong seruan dan gesaan komuniti antarabangsa yang mendesak kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta-merta.

Wednesday, 20 August 2014

TAKZIAH KEPADA KELUARGA DATUK NOOR ZAHIDI DAN RAKYAT PENGKALAN KUBOR


TUMPAT – Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada jam 5.45 pagi tadi.

Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan meninggal di Ghuangzhou, China  ketika mendapat rawatan.

Anak sulung Allahyarham, Megat Ikram Datuk Noor Zahidi, 32, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan jenazah akan di bawa ke kampung halamannya di Pasir Pekan, Tumpat hari ini.

Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi menang besar dengan majoriti 1,763 undi walaupun pilihan raya itu berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary Ismail Bukhary dari Bebas.

Allahyarham menyandang Adun Pengkalan Kubor sejak 2004 berjaya mempertahankan kerusi Umno selama tiga penggal berturut-turut.

Sunday, 3 August 2014

Israel oh Israel..



1.Kali ini media israel telah menuduh Malaysia sebagai tempat pejuang al-qassam menjalani latihan ketenteraan..Kenyataan yang nyata tidak berasas dan  melampau.

2.Tuduhan yang dilemparkan itu mncerminkan ketakutan dan kegelisahan melampau di pihak kerajaan  israel. tuduhan ini tiba-tiba timbul di sebalik kejatuhan moral di pihak tentera israel.

3.Tuduhan ini juga timbul disebabkan kerana keberanian kerajaan Malaysia dan rakyatnya yang sentiasa menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

4.Kita sentiasa memberi bantuan kepada umat islam palestin ketika ditengah-tengah negara arab lain yng sentiasa senyap dan takut menyuarakan bantahan dan kutukan kepada israel.

5.Israel sebenarnya sekarng berada dalam keadaan sindrom ketakutan baying-bayang sendiri. Selepas dikejutkan dengan kekuatan al-qassam yang di luar jangkaan walaupun jumlah mereka sedikit berbanding tentera israel yang ramai dan mempunyai kekuatan senjata yang paling canggih di dunia.

6.Apalah sangat Malaysia yang merupakan kuasa kecil dunia sehingga tiba-tiba disebut oleh israel melainkan kerana bantuan kemanusian yang dihulurkan oleh kita. Ternyata israel sekarang gelabah dan cuba mencari sebab kekalahan yang memalukan bakal berlaku di pihak mereka.Israel mula mencari sebab untuk menaikkan moral pasukan tentera mereka.

7.Kenapa mereka gerun sangat kepada Malaysia?? sedangkan mereka telah menghantar berpuluh ribu askar dan jentera pemusnah yang paling canggih di dunia untuk mengalahkan pejuang al qasssam.

8.Kenyataan media israel yang mengaitkan Malaysia, sebenarnya secara tidak lansung mencerminkan keadaan tentera israel sekarang berada dalam keadaan cemas.Jika mereka dalam keadaan kuat, sudah pasti mereka tidak akan mempedulikan sumbangan Malaysia.

9.Menurut pemimpin kanan hamas Dr.Khaled Qadoumi. “ rejim zionis mengolah propaganda itu untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza”.

10.Saya sendiri terkejut apabila akhbar melaporkan israel telah mengerah 16000 askar simpanan ke geting Gaza. dan dalam masa yang sama Israel telah meminta bantuan AS membekal dan menambah stok simpanan senjata tambahan berjumlah Rm720 juta.Ini membuktikan Israel berada dalam keadaan lemah sehingga terpaksa meminta bantuan daripada US.

12.Terdapat laporan yamg menyatakan bahawa Israel tidak menjangka pejuang al-qassam mempunyai kemahiran dan kekentalan yang tinggi. Israel begitu malu sehingga menawarkan gencatan senjata namun ditolak pejuang al-qassam. Jika diterima pun gencatan senjata itu, kebiasaanya Israel akan melanggarnya tanpa rasa bersalah.

13. Semoga Allah sentiasa membantu pejuang-pejuang agama-Nya.