Monday, 31 March 2014

KEHILANGAN MH370: JANGAN SALAHKAN MALAYSIA


JANGAN SALAHKAN MALAYSIA

1) Isu kehilangan MH370 memasuki fasa baru apabila segelintir media dan pengguna internet China secara agresif menghentam dan menyalahkan negara kita diatas kecelakaan yang menimpa pesawat MAS MH370.

 2) Adakah itu balasan yang diterima Malaysia apabila setelah sekian lama kita menunjukkan keprihatinan teradap negara China ketika negara itu menghadapi pelbagai musibah.

3) Sebagai rekod, ketika berlakunya kejadian gempa bumi di Sinchuan, China pada bulan Mei 2008. Malaysia telah menghantar pasukan penyelamat ke sana. Manakala pertubuhan lain di Malaysia seperti Foguangshan dan Tzu Chi menghantar bantuan dengan harapan dapat menyelamatkan nyawa penduduk yang terjejas dan memberi makanan kepada mereka yang kelaparan.

4) Ada dermawan dari Malaysia telah membina sekolah rendah yang cukup kuat untuk menahan mana-mana bencana pada masa akan datang.

5) Malaysia juga menjadi negara pertama di Asia tenggara yang mewujudkan hubungan diplomatik dengan China lebih empat dekad lalu dan menentang sebarang sekatan antarabangsa terhadap China selepas peristiwa Tiananmen Square pada 1989.

6) Satu lagi peristiwa ialah apabila timbul isu berkaitan Laut China Selatan, yang banyak meredakan keadaan adalah Malaysia, kita tidak ambil sikap konfrantasi terhadap China seperti negara lain, kita berdiplomasi dengan China, kita banyak menerima pelaburan dari negara ini dan kita banyak melabur di China.

7) Ada keluarga mangsa yang mempertikaikan jawapan dan penerangan dari wakil Malaysia berkaitan perkembangan SAR MH370. Apa yang disampaikan tidak dilengkapi dengan maklumat sah dan tidak efisen, kata mereka.

8) Persoalannya bagaimana Malaysia dapat memberi maklumat dengan tepat, sedangkan pelbagai teknologi dari Malaysia,Amerika, Australia dan lain-lain negara maju telah digunakan untuk mencari jawapan atas kehilangan MH370. Namun, tetap masih gagal mencari jawapan yang memuaskan hati semua pihak. Jadi bagaimana Malaysia mampu memberi maklumat yang tepat jika teknologi yang adapun belum mampu merungkai misteri kehilangan MH370.


 
 
9) Selain itu, bukan sahaja rakyat China berada dalam pesawat MH370, namun rakyat Malaysia juga menjadi penumpang pesawat tersebut, jadi apa faedahnya Malaysia ingin sembunyikan fakta dan maklumat daripada keluarga mangsa, tidak ada sebab untuk kita  menyembunyikan maklumat. Sejak hari pertama Malaysia  memberi maklumat tepat, dan hanya memberi maklumat yang telah disahkan.

10) Di harapkan pengguna Media sosial China dan juga keluarga mangsa tidak lagi melakukan provokasi melampau terhadap Malaysia kerana semua itu tidak dapat menyelesaikan masalah bahkan dibimbangi boleh mengeruhkan hubungan diplomatik yang sedia terjalin.


Sunday, 23 March 2014

Perlekeh Program Selawat : “Hati Mereka Berpenyakit” – Jamil Khir

MUAR, 23 Mac – Mereka yang memperlekeh program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul mempunyai hati yang berpenyakit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata bila pembangkang memperlekeh program, yang berjaya menghimpunkan 500,000 umat Islam di Putrajaya pada Jumaat lepas, bermakna mereka kecewa dengan sambutan ratusan ribu yang menyertainya.
Pada malam itu kebanyakan yang hadir berpakaian serba putih, membanjiri Dataran Masjid Putra Presint 1 dan sepanjang jalan Kompleks Pusat Pentadbiran Putrajaya sehinggakan diumpamakan sebagai himpunan di Padang Arafah pada musim Haji dengan penuh ketertiban.
selawat-perdana-putrajaya-jamil-khir-najib
“Sebagai umat Islam, sepatutnya mereka bersyukur kerana program itu berjaya menghimpun sebegitu ramai umat tanpa mengira fahaman politik, bersama-sama menunjukkan rasa cinta kepada Rasul dan taqwa kepada Allah,” kata Jamil Khir ketika memberi ceramah sambutan Maulidur Rasul di Masjid Nurul Iman, Parit Bakar Laut, di sini Sabtu malam.
Jamil Khir yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata pihak pembangkang mahu melihat program yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa orang menteri Kabinet beragama Islam itu, hanya dihadiri oleh beberapa ratus orang sahaja.
Pihak pembangkang melihat dari sudut yang buruk sahaja sedangkan program itu adalah untuk membina persepsi baik terhadap Islam yang kini dicemari dengan pelbagai imej negatif, katanya.
Dalam ceramahnya, Jamil Khir turut mendedahkan bagaimana seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) mempersoal kononnya pemimpin kerajaan tidak mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370 yang hilang lebih dua minggu, sejak 8 Mac lepas.
“Oleh kerana didesak melalui khidmat pesanan ringkas tiga kali sehari daripada pemimpin NGO berkenaan, saya terpaksa menghubunginya dan menyatakan bahawa perdana menteri dan semua menteri-menteri kabinet serta timbalan menteri adalah kumpulan pertama mengadakan solat hajat selepas Zuhur sebaik sahaja menerima berita kehilangan pesawat pada hari Sabtu 8 Mac lalu,” kata beliau.
Jamil Khir berkata beliau tidak gemar menggembar-gemburkan kerja ibadah kepada umum tetapi apabila ditekan bertalu-talu, beliau tidak ada pilihan lain selain terpaksa menghebahkannya.
“(Malah) kita bukan fikirkan orang Islam semata-mata tetapi semua penumpang dari pelbagai negara dalam pesawat itu,” kata beliau sambil meminta semua umat Islam terus berdoa dengan mengerjakan solat hajat.

PRK Kajang- PKR menang dengan kemerosotan Majoriti





Akhirnya keputusan PRK kajang telah selesai dan diketahui keputusannya. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil DUN itu yang diumumkan semalam.

Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan di sini hari ini, calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat 16,741 undi dengan majoriti 5,379 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11,362 undi.

Kemenangan Dr. Wan Azizah bagaimanapun menyaksikan kemerosotan majoriti sebanyak 1,445 undi berbanding yang diperolehi calon PKR, Lee Chin Cheh yang memperoleh majoriti sebanyak 6,824 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, PRK hari ini hanya menyaksikan sejumlah 28,314 atau 72 peratus daripada 39,278 pengundi di DUN Kajang keluar mengundi sebaik sahaja 16 pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Jumlah tersebut, katanya, menurun sebanyak 16 peratus berbanding sewaktu PRU-13 iaitu 87.9 peratus daripada jumlah keseluruhan 39,728 pengundi

Bagaimanapun Kawegomo tertarik dengan kenyataan Azmin Ali yang begitu yakin dapat menghilangkan wang deposit calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun.

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali percaya dengan semangat yang ditunjukkan melalui perhimpunan Reformasi 2.0 akan menyebabkan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun hilang deposit dalam Pilihan Raya kedil Kajang Ahad ini.

Tegasnya, melalui semangat ini, anak muda terutamanya akan memberikan kemenangan yang luar biasa terhadapa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Ini petanda berakhirnya Umno dan Barisan Nasional.”Saya mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah menang luar biasa nanti dan saya berdoa agar calon BN hilang pengundinya dalam PRK Kajang nanti,” katanya di hadapan 13 ribu orang di Stadium Kajang. -
Keadilandaily.

Untuk perbandingan, pada PRU-13, PKR menang di kerusi DUN Kajang menerusi wakilnya, Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824.

Lee bagaimanapun mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil menerusi rancangan ‘langkah Kajang’ yang dirancang PKR.

Maaflah Azmin Ali, nampaknya telahan anda ternyata merosot. Nampaknya BN bukan sahaja mendapat kembali wang deposit bahkan berjaya mengurangkan majoriti sebanyak 1445 undi.



karikatur (BaNNer Terima Kasih BN) PRK KAJANG • <a style="font-size:0.8em;" href="http://www.flickr.com/photos/95569535@N05/13350860115/" target="_blank">View on Flickr</a>

Tuesday, 11 March 2014

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai #MH370 , #prayformh370




Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai MH370

Sesetengah orang pandai cakap saja. Cakap memang senang, bagi pendapat pun senang. Hakikatnya kita kena faham dulu, baru boleh buat andaian atau tuduh yang bukan-bukan.
Sedikit penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung isu penerbangan MH370, untuk difikirkan bersama:

1. Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan.

gambar sumber: astroawani


2. Hubungan Diplomatik

MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita. Dalam ertikata lain ; “Lain tempat lainlah cara penyampaian”, jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3. Misi Melibatkan 5 Negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan. Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370.
Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit.
Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab “kehilangan” MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4. Tidak Semudah Yang Dijangka

Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5. MAS Tetap Dihati

Kali terakhir MAS mengalami ‘major incident’ ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami ‘major incident’ dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas.
Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihati.

Sumber: Nor Azizuddin Abdul Manan



Bagaimana untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370?
Sebarang informasi rasmi dan terkini boleh diikuti menerusi laman Facebook dan Twitter Penerbangan Malaysia (@MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengesan pesawat MH370.

Selain itu juga, saluran berita Astro Awani 501 dan laman sesawang www.astroawani.com juga menyiarkan laporan mendalam dan berterusan termasuk siaran sidang media secara langsung berkenaan usaha mengesan pesawat MH370.



Sunday, 2 March 2014

Kerajaan Pusat Bina lebuh raya di Kelantan April( JANJI DITEPATI )

Pembinaan Lebuhraya fasa pertama yang akan menghubungkan Kota Bharu ke Machang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat bermula April 2014.Berbeza dengan Lebuhraya Rakyat ( LERAK ) yang sehingga ke hari ini masih belum diketahui status projek tersebut.
Bina lebuh raya di Kelantan  AprilMustapa melawat gerai pameran kesihatan selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Wisma Persekutuan Bebas Asap Rokok di Kota Bharu.
Kota Bharu: Kerajaan Pusat menunaikan janjinya membantu penduduk Kelantan apabila fasa pertama projek Lebuh Raya Kota Bharu-Machang, membabitkan kos RM168.5 juta akan dilaksanakan bulan depan. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, ketika mengumumkan projek itu, berkata Syarikat Uritec Sdn Bhd dilantik dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembinaan fasa pertama lebuh raya itu. 
DAPATKAN NASKAH DAN BERITA PENUH DI :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BinalebuhrayadiKelantanApril/Article
LEBUHRAYA RAKYAT ( LERAK ) SATU LAGI PROJEK PILIHANRAYA PAS KELATAN

Saturday, 1 March 2014

BERUNTUNGNYA PENDUDUK PULAU PINANG..


JAMBATAN YANG DIBINA TANPA PREJUDIS DAN PILIH KASIH..
APA YANG DAP BAGIII???










TERIMA KASIH !!! Kerajaan Kelantan kerana menaikkan tarif air sehingga 30%



Kerajaan PAS kelantan akhirnya mengakui telah menaikkan tarif air sehingga 30%.
Apa yang menjadi isu ialah kenaikan tarif itu dibuat secara senyap-senyap tanpa memaklumkan kepada pengguna di negeri kelantan dan isu yang keduanya ialah, apakah kewajaran kerajaan negeri menaikkan tarif air sehingga 30%. Tidakkah kenaikan ini membebankan kira-kira 1.68 juta rakyat Kelantan???


KOTA BHARU 6 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan mengakui telah melakukan pelarasan tarif air baru bermula 1 September lalu yang membabitkan kenaikan bermula dari dua peratus sehingga lebih 30 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, kenaikan tersebut bagaimanapun bukan bertujuan mengaut keuntungan sebaliknya bagi menampung kos operasi Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), terutama penggunaan elektrik sebanyak RM2.1 juta sebulan.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak membuat pengumuman secara rasmi kerana mendakwa, kenaikan yang berlaku tidak menjejaskan kebanyakan pengguna domestik.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131007/dn_12/Kerajaan-Kelantan-akui-bil-air-naik-lebih-30-peratus#ixzz2uftFlB6r
© Utusan Melayu (M) Bhd





Apabila berlaku isu kenaikan harga barang di peringkat Nasional..mereka galak menyalahkan kerajaan Persekutuan kerana kononya kerajaan menjadi punca kenaikan harga barang, walaupun hakikatnya isu kenaikan harga atau kos barang telah melanda seluruh negara di dunia. Inilah yang dikatakan bagai ayam jantan,berkokok berderai-derai,ekor terpalit tahi sendiri.






Saya ingin bertanya kepada rakyat Kelantan..Adakah wajar kenaikan tarif air sehingga 30% itu berbanding dengan perkhidmatan yang diberikan???