Wednesday, 20 March 2013

Manifesto pembangkang bawa Malaysia menuju bankrap

 
Malaysia menuju bankrap jika janji-janji pakatan pembangkang seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilaksanakan.
Pembangkang yang cuba menjadikan negara ini serba percuma juga terlupa terhadap usaha menarik pendapatan kerajaan terutama melalui pelabur asing.
Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohamad Noorizuddin Nooh berkata, manifesto pakatan pembangkang itu banyak memberi berbanding menarik pendapatan.
Hal ini, tegas beliau, akan menyebabkan negara hilang arah tuju, sekali gus berdepan masalah bankrap.
"Pelabur akan takut melabur di negara ini sekiranya tiada penumpuan insentif terhadap mereka.
"Pakatan pembangkang tidak memberi indikator untuk menarik lebih ramai pelabur bagi menyuburkan ekonomi negara," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130225/dn_25/Manifesto-pembangkang-bawa-Malaysia-menuju-bankrap#ixzz2O4b1g7ay
© Utusan Melayu (M) Bhd