Wednesday, 25 April 2012

JASA KERAJAAN BN KEPADA RAKYAT KELANTAN>


Walaupun 22 Tahun Negeri Kelantan Diperintah oleh PAS, Namun Rakyat Kelantan Tak Pernah di anaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan, Banyak Bantuan yang telah disalurkan kepada KERAJAAN NEGERI KELANTAN DI BAWAH PIMPINAN PAS.



Tuesday, 3 April 2012

Rakyat Kelantan Di Tipu Lagi?



Rakyat Kelantan hari ini amat fanatik dengan kebangkitan pasukan Bola Sepak Negeri Kelantan yang menunjukkan prestasi yang amat membanggakan.Gelaran "Red Warriors" sentiasa meniti di bibir rakyat Kelantan tidak kira di Negeri mana mereka berada.
Kerajaan Negeri Kelantan cuba menangguk di air yang keruh apabila berjanji kepada rakyat untuk membina stadium baru di Bukit Merbau Pasir Puteh.Janji ini di buat kerana rakyat perlu diberi keselesaan untuk menonton perlawanan Bola Sepak yang melibatkan pasukan kesayangan mereka.
Rakyat Kelantan sekali lagi di tipu oleh Kerajaan Negeri kerana setakat hari ini belum ada apa-apa perkembangan tentang pembinaan stadium tersebut.Janji ini hanya untuk memancing undi terutamanya golongan muda kerana Kerajaan Negeri meramalkan PRU ke 13 akan diadakan pada bulan Mac.Sekali lagi Rakyat Kelantan di bohongi oleh Kerajaan Negeri yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah di tunaikan.