Wednesday, 22 February 2012

Datuk Seri Anwar, Palestine dan Israel



Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui YAB Menteri Besar Kelantan.Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.
"Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel".Kata Nik Aziz dalam Blognya "Tokguru.com".
Walaupun dalam perjumpaan tersebut masih belum di ketahui hasil perbincangan secara terperinci,Nik Aziz mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , "iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini".
Nampaknya perbezaan pendapat diantara kedua pemimpin pembangkang ini amat berbeza dari segi sokongan kepada Israel.Sama-sama kita nantikan penjelasan YAB.Menteri Besar Kelantan yang akan membuat kenyataan rasmi beliau yang dijangka pada hari ini.