Sunday, 22 July 2012

Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus?




Kesediaan Kerajaan Di bawah Kepimpinan YAB Dato'Sri Najib Bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia mengkaji Pemberian bonus kepada lebih 1.4 Juta kakitangan awam mendapat reaksi yang baik daripada penjawat Awam.(Klik Sini )Mereka berharap dengan pemberian bonus tersebut dapat meringankan perbelanjaan mereka bagi menyambut Syawal pada Bulan Depan.

Monday, 2 July 2012

Exco belum lulus Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai





















































            



PAS sekali lagi mengaburi mata rakyat Kelantan untuk membina Lebuhraya yang menghubungkan Kota Bharu  - Kuala Krai walaupun belum di luluskan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan( Baca disini ).Sebelum ini Kerajaan Negeri telah berjanji untuk membina Stadium baru di Bukit Merbau Pasir Puteh malangnya sehingga hari ini belum ada kerja-kerja pembinaan dilakukan sebagaimana yang dijanjikan.Adakah ini janji - janji manis PAS dalam menghadapi PRU 13??.Sama-sama kita nilai dan lihat kebenaran pihak Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dua projek mega di Negeri yang digelar " Serambi Mekah ".

Sunday, 10 June 2012

Duit Rakyat Didahulukan Poket YB Diutamakan??




Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.
Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat.
“Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.
Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Ramai juga rakyat Kelantan yang bising – apakah ini kaedah baru kita dalam membangunkan Negeri. Minta derma untuk buat infra. Ramai juga yang perkecilkan. Pada ana, kita perlulah lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan projek. Jangan ikut rentak orang. Kalau tak mampu, kita tak payah buat dulu. Takut nanti kita juga yang malu.
Bukan kita tak tahu psyche orang Kelantan. Mereka tak pandang pembangunan. Kalau mereka lihat pembangunan, kita dah lama lingkup. Tapi sebab apa yang kita beria sangat nak buka lebuhraya rakyat masa ini. Jangan main-main. RM1.8 bilion. Projek pula kita beri kepada syarikat kroni kita yang tak ada cukup kewangan. Menta Construction ini semua orang kita kenal. Banyak projek di Kelantan. Tapi paidup capital masih RM1 juta lebih. Nak buat projek RM1.8 bilion. Tanpa tol pulak tu. Rujuk:http://www.menta.com.my/financial.html. Bukan ana cakap kosong.
Menta Construction mungkin suka dan seronok. Dapat projek. Duit masuk. Tak kiralah di atas keringat dan usaha siapa. Kalau rakyat Kelantan derma – Menta juga yang kaya.
Ana risau, kalau kita terlebih janji, kita akan main macam cara UMNO. Bahaya. Game duit ini permainan mereka. Bukan permainan kita. Kalau kita terus buat projek atas angin yang begini sifatnya, nanti rakyat tanya, ternganga kita.
Tak payah minta derma rakyat. Selagi mana mereka berdepan dengan jalan sesak nak ke Kelantan. Mereka akan terus marah. Mereka akan undi kita. Itu sahaja. Ana dimaklumkan, Exco Kelantan pun tak berapa setuju dengan projek ini. Husam seorang yang kuat melobi. Ada persen ka akhi Husam?
Pada ana, game ini sangat bahaya. Minta derma untuk buat pembangunan ini dah menampakkan sangat kita lemah memimpin. Ana minta maaf cakap begini.

Sunday, 6 May 2012

Wednesday, 25 April 2012

JASA KERAJAAN BN KEPADA RAKYAT KELANTAN>


Walaupun 22 Tahun Negeri Kelantan Diperintah oleh PAS, Namun Rakyat Kelantan Tak Pernah di anaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan, Banyak Bantuan yang telah disalurkan kepada KERAJAAN NEGERI KELANTAN DI BAWAH PIMPINAN PAS.



Tuesday, 3 April 2012

Rakyat Kelantan Di Tipu Lagi?



Rakyat Kelantan hari ini amat fanatik dengan kebangkitan pasukan Bola Sepak Negeri Kelantan yang menunjukkan prestasi yang amat membanggakan.Gelaran "Red Warriors" sentiasa meniti di bibir rakyat Kelantan tidak kira di Negeri mana mereka berada.
Kerajaan Negeri Kelantan cuba menangguk di air yang keruh apabila berjanji kepada rakyat untuk membina stadium baru di Bukit Merbau Pasir Puteh.Janji ini di buat kerana rakyat perlu diberi keselesaan untuk menonton perlawanan Bola Sepak yang melibatkan pasukan kesayangan mereka.
Rakyat Kelantan sekali lagi di tipu oleh Kerajaan Negeri kerana setakat hari ini belum ada apa-apa perkembangan tentang pembinaan stadium tersebut.Janji ini hanya untuk memancing undi terutamanya golongan muda kerana Kerajaan Negeri meramalkan PRU ke 13 akan diadakan pada bulan Mac.Sekali lagi Rakyat Kelantan di bohongi oleh Kerajaan Negeri yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah di tunaikan.

Wednesday, 7 March 2012

NAK MASUK SYURGA??DENGAR CD CERAMAH PAS DI PASARAYA



Mudahnya Manusia nak masuk syurga.Hanya dengan mendengar CD Ceramah PAS yang banyak memfitnah di jamin masuk Syurga???..


Berdasarkan hadis Imam An-Nawawi ( Hadis 40 ) Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) 

Ish,tak da pulak dalam hadis tu kata dengar CD Ceramah???..

Masalah Air di Kelantan berterusan,Kerajaan Pusat juga yang di Persalahkan



Yang salah Kerajaan Pusat,Yang Betul Kerajaan Negeri,Rakyat Yang Pening Kepala,Buka Paip Angin je yang Keluar,Bil air bila lambat bayar...POTONG BEKALAN AIR...Sedarlah wahai rakyat Kelantan,Air merupakan keperluan asas yang penting,tanpa air nak melaksanakan kerja Ibadah pun susah.Kerajaan Negeri nak selesai masalah air pun tak boleh walaupun 22 tahun memerintah Kelantan macamana nak tadbir Malaysia seperti yang diimpikan oleh Pakatan Rakyat??.

Wednesday, 22 February 2012

Datuk Seri Anwar, Palestine dan Israel



Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui YAB Menteri Besar Kelantan.Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.
"Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel".Kata Nik Aziz dalam Blognya "Tokguru.com".
Walaupun dalam perjumpaan tersebut masih belum di ketahui hasil perbincangan secara terperinci,Nik Aziz mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , "iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini".
Nampaknya perbezaan pendapat diantara kedua pemimpin pembangkang ini amat berbeza dari segi sokongan kepada Israel.Sama-sama kita nantikan penjelasan YAB.Menteri Besar Kelantan yang akan membuat kenyataan rasmi beliau yang dijangka pada hari ini.

Monday, 2 January 2012

"HUDUD PAS BUKAN HUDUD ISLAM"

 hudud-pas
TERBUKTI !! Demi kepentingan politik dan hasrat ingin menumbangkan Kerajaan BN terutamanya UMNO, perjuangan Pas kini telah membelakangi perjuangan asal parti itu termasuk bekerjasama dengan parti bukan Islam, iaitu KAFIR DAP.
Ketakutan PAS terhadap DAPig terbukti apabila Pas, sanggup melupakan matlamat perjuangan asal iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan.( KLIK SINI )

Demi Menawan PUTRAJAYA dan Memusnahkan Parti SEAGAMA iaitu UMNO, PAS telah menghalalkan cara demi mencapai Matlamatnya itu.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia HALAL untuk RAKYAT.

Kepada semua Warganegara Malaysia tanpa mengira fahaman dan kaum terutamanya kepada rakyat malaysia beragama ISLAM dan Rakyat Kelantan khususnya tak perlu ragu dan terpengaruh dengan dakwaan parti pembangkang terutamanya PAS yang mengatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah dari sumber yang haram.

Polemik haramnya BR1M hanya berlaku di Kelantan sahaja sedangkan di Pulai Pinang, Kedah dan Selangor HALAL. Oleh itu Rakyat KELANTAN jangan terpengaruh dengan dakwaan sesat PAS ini.