Sunday, 23 October 2011

KELANTAN...BERSIH.???

"KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM""MEMBANGUN BERSAMA  ISLAM"

 Apabila orang luar datang ke Kelantan itulah papan tanda yang banyak menghiasi jalan dan bangunan di sekitar Bandar Kota Bahru dan juga seluruh Kelantan sebenarnya. Namun yang indah hanyalah kata-kata  sedangkan hakikatnya bukan begitu.
Polemik Kebersihan Bandaraya Serambi Mekah ini sering menjadi tajuk bualan dan liputan media arus perdana, terkini ( klik disini ) tahap kebersihan Bandaraya Islam ini sekali lagi mendapat perhatian dari Berita Harian.
Sampai bilakah kemelut ini akan berakhir sedangkan sudah 21 tahun Kelantan diperintah oleh golongan Ulamak menjalankan dasar pemerintahan ISLAM namun aspek kebersihan dipandang enteng. Tidakah Kebersihan Itu Separuh Dari Iman.



Tuesday, 4 October 2011

RAKYAT KELANTAN DIKHIANATI.


Kerajaan PAS Kelantan semakin ghairah menjual Tanah di negeri ini kepada syarikat bukan bumiputera semakin tidak terkawal meskipun kebanyakannya sudah di terokai sejak berpuluh tahun yang lalu oleh orang melayu.


Terbaru Tok Guru telah mengkhianati rakan karibnya sendiri Zakaria Yaacob yang telah banyak berjasa kepada Nik Aziz satu ketika dulu begitu aktif membantu kempen Nik Aziz.


Kini beliau dikhianati, tanah yang telah diusahakan semenjak 1985 di Sungai Sam, Kuala Krai telah dirampas oleh Kerajaan pimpinan PAS dan dijual kepada syarikat luar bukan bumiputra untuk tanaman gaharu. Semua Tanaman getah para peneroka di Sungai Sam yang seluas 200 hektar telah dimusnahkan oleh syarikat terbabit yang menyebabkan ada peneroka mengalami kerugian melebihi RM 125,000 dimana pokok-pokok telah disodok dengan jentolak.


Inikah Kebajikan yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat terutama PAS dimana para pemimpin Pas sendiri gagal membela kebajikan rakyat kelantan.

Sunday, 2 October 2011

Hudud akan dilaksana jika Pakatan ke Putrajaya

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menaruh harapan hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.(Klik disini)Kenapa perlu tunggu PRU13 untuk laksana Hudud?Adakah hudud yang dicanangkan oleh PAS bermusim?

Tuesday, 20 September 2011

Skandal panas antara Husam dengan Kickdefella bermula?


Skandal panas antara Husam dengan Kickdefella bukanlah sesuatu yang asing.  Hubungan yang terputus membuat mereka saling bermusuhan secara politiknya.

Seperti yang ramai ketahui, Kickdefella mencabar agar Husam menyamannya berhubung isu RM350,000 yang didedahkan oleh Kickdefella.  

Husam menikus dan terus menikus. Dan pabila takut, itu beerti benarlah dakwaan Kickdefella itu.( Baca disini )

Saturday, 17 September 2011

Negeri Serambi Mekah catat peningkatan jumlah kes HIV/AIDS???

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan peningkatan pesakit HIV dan AIDS di negeri itu yang dilapor tertinggi di Malaysia, kerana mencemarkan imej Kelantan sebagai Serambi Mekah dan pusat pengajian agama.( klik di sini )

Tuesday, 13 September 2011

JawatanKuasa Terpilih Parlimen. Pakatan Rakyat Gedebe Letak 5 Syarat.

Pakatan Rakyat semakin angkuh dengan mengenakan 5 syarat sebelum menyertai JawatanKuasa Terpilih Parlimen bagi pembaharuan Sistem Pilihanraya Negara.(klik sini). Tuntutan dari Perhimpunan Bersih 2.0 juga menjadi salah satu dari 5 syarat  Pakatan Rakyat. Jawapan SPR berkenaan 8 tuntutan bersih 2.0 (klik sini)

Sekiranya kelima-lima syarat ini tidak di penuhi Pakatan Rakyat akan menganjur Perhimpunan Bersih 3.0. Pemimpin sebegini tidak layak di pilih untuk menerajui Negara kerana matlamat telah menghalalkan cara, niat untuk menghancurkan negara.

Monday, 12 September 2011

Cukai 6 peratus ditangguh - Rais

 Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai. klik

Saturday, 10 September 2011

Negara Berkebajikan PAS..Manisfesto PRU-13.

PAS sedang mengula-gulakan rakyat dengan negara Berkebajikan. Berkebajikan bagaimanakah yang ingin dilakukan oleh PAS ( klik sini ) PRU-12 telah membuktikan segalanya PAS, PKR dan DAP telah gagal menjaga kebajikan rakyat di Negeri yang di menangi oleh mereka. Kebajikan rakyat langsung tak terjaga, yang hidup selesa pemimpin dan kroni-kroni mereka sahaja.

Thursday, 8 September 2011

Mana hilangnya 'Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur'?

Dalam Persidangan Pembentangan Bajet Kerajaan Negeri Selangor pada 10 November tahun lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ada menyebut akan kepentingan slogan 'Baldatun Toyibatun Warabbun Ghafur' yang bermaksud "Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15) dalam menjalankan urusan pentadbiran negeri.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dato Sohaimi Shahadan turut menyoalkan kepada Khalid, "adakah peningkatan sebanyak 85% rumah urut di Selangor merupakan intipati slogan tersebut?", kata Sohaimi dalam blognya. 

Tabur fitnah terhadap isteri PM ; kenapa Cikgu Bad tidak dikenakan sebarang tindakan?

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mempersoalkan kenapa pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Cikgu Bad (Badrul Hisham Shaharin) yang menabur fitnah berhubung isu pembelian cincin RM24.45 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Sri Rosmah Mansor .
Menurutnya, persoalan itu timbul berikutan tindakan akhbar paling berpengaruh di Indonesia, Kompas telah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak kerana menyiarkan berita palsu mengenai perkara tersebut.
Akhbar berkenaan mengakui maklumat itu diperolehi berdasarkan daripada sumber blogger dan tuduhan tidak berasas pihak pembangkang di Malaysia.
“Jika akhbar Kompas telah mengakui kesilapan penyiaran berita tersebut berdasarkan maklumat palsu (fitnah), maka rakyat bertanya kenapa kerajaan tidak bertindak terhadap mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah,” tegasnya.
Beliau mendakwa, Cikgu Bad yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merangkap Ketua Cabang Parti Keadilan Rembau, Negeri Sembilan dikatakan individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai pembelian cincin RM24.45 juta.
Cikgu Bad menerusi SAMM dipercayai telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 13 Julai lalu yang mengaitkan nama Rosmah dalam isu tersebut.
Bagaimanapun akhbar Kompas yang berpengkalan di Jakarta menerusi Ketua Pengarangnya, Rikard Bagun memohon maaf secara terbuka kepada Najib dan keluarga berikutan penyiaran berita palsu itu pada 4 Ogos lalu.
Menurut Syed Ali lagi, jika akhbar Kompas lebih bertanggungjawab dengan memohon maaf kepada Perdana Menteri maka menjadi kewajipan pihak berkuasa khususnya Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan terhadap Cikgu Bad.
“Rakyat bertanya kenapa individu yang tabur fitnah tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Ini memberi persepsi seolah-olah pihak berkuasa takut untuk bertindak keatas mereka yang ada kaitan dengan parti pembangkang,” tegasnya.
Sepatutnya jelas beliau, Cikgu Bad dipanggil untuk siasatan oleh pihak polis kerana membuat tuduhan palsu yang amat serius membabitkan nama baik Najib dan boleh menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri di mata dunia.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan turut bimbang sikap pihak berkuasa hanya berdiam diri dalam isu fitnah akan menyebabkan perbuatan tersebut (fitnah) menjadi satu kelaziman dan budaya dalam masyarakat terutama membabitkan pemimpin Melayu.
“Saya khuatir sikap lepas tangan pihak berkuasa akan menyebabkan timbul banyak lagi fitnah dan tuduhan jahat dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap pemimpin khususnya mengaitkan pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Implikasinya juga tegas beliau, akan menimbulkan rasa meluat dan kebencian rakyat kepada pihak berkuasa (kerajaan) yang didakwa sebagai tidak tegas dan terlalu lambat untuk menangani sesuatu isu terutama membabitkan kewibawaan pemimpin.
Mengulas dakwaan Cikgu Bad bahawa media arus perdana sengaja memutarbelitkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu ( Mat Sabu) sebagai penyokong perjuangan komunis berhubung isu Bukit Kepong, Syed Ali menjelaskan:
“Sudah menjadi tabiat buruk pembangkang akan menyalahkan akhbar apabila tercetus sesuatu isu kontroversi membabitkan pemimpin mereka,”.
Beliau mendakwa, kenyataan Mat Sabu di Bukit Gelugor amat serius kerana ianya merupakan satu penghinaan kepada waris 25 anggota polis yang terkorban kerana mempertahankan Bukit Kepong.
“Saya turut bersimpati terhadap keluarga dan waris anggota polis terbabit kerana menerima cercaan dan penghinaan paling teruk daripada seorang pemimpin politik (Mat Sabu) Melayu yang beragama Islam,” tegasnya lagi. 

Masyarakat Siam Kelantan mohon stadium mini



PASIR MAS - Masyarakat Siam di Kelantan memohon agar Kementerian Belia dan Sukan membina sebuah stadium mini untuk mereka mengadakan aktiviti sukan.

Pengerusi Persatuan Wanita Siam Kelantan, KC Ngiam Eh Kuan berkata kos bagi membina stadium itu dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan mencadangkan ia dibina di Kampung Teresek, Repek di sini.

"Lebih 30,000 masyarakat Siam di Kelantan memerlukan mini stadium kerana sudah sampai masanya kami mendapat mini stadium yang sangat besar ertinya kepada kami," katanya kepada pemberita pada majlis Perhimpunan Belia Beliawanis dan Pemimpin Masyarakat Siam Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Repek.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

KC Ngiam berkata dengan adanya stadium itu, bakat dari masyarakat Siam akan dapat dicungkil untuk menaikkan nama negara dala bidang sukan pada masa akan datang.
Ahmad Shabery yang ditanya mengenai permintaan itu berjanji akan memberi bantuan.

"Permohonan ini sangat adil kepada mereka kerana masyarakat ini juga banyak membantu dan menyokong usaha kerajaan dan saya berjanji akan mengajukan permohonan ini kepada peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Beliau yakin permohonan itu akan diluluskan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang.

Pada masa yang sama, Ahmad Shabery meluluskan pembinaan sebuah gelanggang futsal kepada masyarakat minoriti itu yang akan dibina tidak lama lagi.

"Peruntukan ini adalah sebanyak RM150,000 dan ini sebagai tanda kita sangat prihatin kepada soal aktiviti sukan kepada masyarakat Siam yang telah banyak menyokong usaha kerajaan," katanya.

Beliau turut melawat lokasi tapak untuk pembinaan gelanggang futsal berkenaan yang terletak di dalam kawasan wat tersebut.- Bernama

Penduduk Lorong Gajah Mati bantah pengambilan tanah

08/09/2011 5:51pm

KOTA BAHARU 8 Sept. - Kira-kira 300 penduduk di Seksyen 10, Lorong Gajah Mati di sini mengadakan protes hari ini bagi membantah pengambilan balik tanah mereka oleh kerajaan Kelantan yang didakwa tidak mengikut prosedur.
Wakil mereka, Rahimi Mohammad berkata, penduduk di situ tidak membantah cadangan projek pembangunan pinggir Sungai Kelantan tersebut, namun mempersoalkan proses pengambilan balik tanah yang dilihat tergesa-gesa.
Sepatutnya penduduk diberikan notis rasmi memberitahu kerajaan akan mengambil balik tanah yang didiami mereka sebelum diserahkan Borang E, namun sekarang kami hanya diberi Borang E tanpa notis rasmi, katanya kepada pemberita, di sini.
"Ini menunjukkan ketidaktelusan yang dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Baharu kepada pemilik-pemilik tanah yang sah dan berdaftar di Jalan Gajah Mati dan Jalan Sultanah Zainab ini,” kata Rahimi.
Beliau juga mendakwa penduduk di situ hanya mendengar desas-desus kerajaan negeri pimpinan Pas itu akan mengambil semula tanah tersebut sebelum menerima Borang E terbabit.
"Pemilik-pemilik tanah terlibat dengan cadangan itu ingin memohon pihak berkenaan melakukan siasatan ke atas Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Baharu, Majlis Perbandaran Kota Baharu dan Syarikat K.D.Howa Seng yang dikatakan tidak mematuhi prosedur pengambilan Akta Tanah 1960 itu,” katanya. - Bernama

Marahkan Mat Sabu, lebih 50 ahli Pas Padang Terap keluar parti

08/09/2011 6:36pm

KUALA NERANG 8 Sept. - Lebih 50 ahli Pas di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.
Mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini hari ini.
Wakil mereka, Ismail Abdullah, 60, yang menjadi ahli Pas selama 35 tahun berkata, beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua Pas itu.
"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, beliau juga tidak teragak-agak menyertai UMNO kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini.
Ismail berkata, beliau juga terkilan dengan perjuangan Pas hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.
"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin Pas telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada UMNO untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara,” katanya.
Sementara itu, Mahdzir berkata, keputusan kumpulan ahli Pas terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut. - Bernama

Kabinet Lulus Penggunaan Dakwat Kekal?

08 Sep 2011 2:46PM

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan bahawa pihak Kabinet telah meluluskan penggunaan dakwat kekal pada PRU 13 kelak.
Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat Perdana Menteri berkenaan hal tersebut.
Malah salah seorang anggota Kabinet, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sendiri tidak tahu menahu malah tidak langsung dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.
Laporan akhbar tersebut turut menyebut kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda. 

Ambil tindakan tegas terhadap pengugut Md Sabu

Ambil tindakan tegas terhadap pengugut Md Sabu

Berita Harian Online | Penduduk bayar ‘bil angin’

Berita Harian Online | Penduduk bayar ‘bil angin’

Rais bidas pembangkang gemar perbalahan rakyat

8/09/2011 5:48pm

KOTA BAHARU 8 Sept. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini membidas sikap sesetengah pemimpin pembangkang yang lebih cenderung mengadakan program yang membawa kepada perbalahan di kalangan rakyat.
"Banyak program pembangkang kini membawa kepada musibah perbalahan. Malah ia membawa kepada perbalahan besar di kalangan rakyat di negara ini.
Pembangkang seharusnya menganjurkan program yang boleh menggalakkan unsur perpaduan di kalangan semua kaum di negara ini sejajar dengan sambutan hari raya Aidilfitri dan kemerdekaan negara dan bukannya mengadakan program yang menjurus kepada perbalahan antara rakyat,” katanya.
Rais berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Aidilfitri 2011 di Politeknik Kota Baharu, dekat sini, hari ini. - Bernama

Wednesday, 7 September 2011

Janda disyaki bakar rumah kekasih

Oleh Mary Victoria Dass

maryvictoria@hmetro.com.my

PILU...Ahmad  hanya mampu melihat rumahnya yang musnah.
PILU...Ahmad hanya mampu melihat rumahnya yang musnah.
PASIR GUDANG: Akibat memandang ringan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang dihantar seorang janda dua anak, keluarga seorang pemandu lori, Ahmad Yaacob, 58, dan dua jirannya di Jalan Asli, Taman Pasir Putih di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, penghuni ketiga-tiga rumah itu sedang tidur apabila kediaman masing-masing dijilat api tetapi semua mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Kebakaran dikatakan dari ruang tempat letak kenderaan kediaman Ahmad.

Menurut Ahmad, mereka keliru sama ada kejadian berlaku secara kebetulan atau angkara bekas teman wanita anaknya yang dikenali menerusi laman sosial facebook.

“Ini kerana, wanita terbabit pernah menghantar SMS berbaur ugutan termasuk mahu membakar kediaman kami.

“Dia mula berdendam kerana kami memintanya keluar selepas sebulan menumpang di rumah ini. Kami tidak sangka akibat memandang ringan ugutannya sebelum ini, mengakibatkan kami sekeluarga selain jiran menjadi mangsa hingga hilang tempat tinggal,” katanya, semalam.


Mengimbau kejadian, menurut Ahmad, dia baru saja masuk tidur di tingkat bawah, manakala tiga lagi anaknya tidur di tingkat atas.

Katanya, dia sedar selepas dikejutkan dengan bunyi letupan seperti mercun sebelum terhidu bau asap menyelubungi rumah berkenaan.

“Saya keluar dari bilik dan mendapati api sudah marak hingga merebak ke dalam rumah. Saya menjerit mengejutkan anak di tingkat atas untuk menyelamatkan diri.

“Kami menyelamatkan diri menerusi pintu belakang kerana api marak menghalang laluan depan.

“Kebakaran turut memusnahkan van dan empat motosikal yang berada di halaman rumah termasuk wang tunai RM1,000 milik anak yang disimpan di dalam van berkenaan,” katanya.

Ahmad yang rugi lebih RM100,000 akibat kebakaran itu tidak menolak ia angkara khianat dan bukan disebabkan litar lintas memandangkan api bermula dari bahagian depan kediaman mereka.

Malah selepas kejadian, Ahmad memaklumkan, jiran memberitahu mereka melihat seorang lelaki berbadan sasa menunggang motosikal sambil membaling objek ke arah kediamannya.

Ahmad kemudiannya membuat laporan polis berkaitan kejadian di Balai Polis Taman Pasir Putih, petang semalam.

Anak perempuannya, Nur Nabilah, 21, turut mengesyaki kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat dan dendam seorang wanita terhadap keluarga mereka apatah lagi jiran ternampak sebuah motosikal berlegar di depan rumah mereka sebelum kejadian.

“Kami tidak menuduh tetapi mengesyaki ia adalah perbuatan seorang wanita berusia 27 tahun juga kenalan abang yang dikenalinya menerusi facebook.

“Kami meminta wanita terbabit keluar dari rumah selepas dia menumpang lebih sebulan sejak Julai lalu. Selepas itu wanita berkenaan pernah menghantar SMS berbaur ugutan kepada abang saya dan menyatakan mahu membakar rumah kami selepas dia keluar dari sini,” katanya.

Menurut Nabilah, sebelum itu, wanita terbabit memaklumkan hanya mahu menumpang buat seketika sementara menunggu mendapat kerja. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tiram, Datuk Maulizan Bujang, ketika melawat ketiga-tiga keluarga turut menghulurkan bantuan peribadi berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga.

Pada masa sama, setiap keluarga berkenaan turut menerima sumbangan RM1,000 daripada Majlis Agama Islam Johor (Maij) dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bagi meringankan beban mereka, semua 15 mangsa berkenaan ditempatkan sementara di Flat Kejiranan 8 di Taman Air Biru, Pasir Gudang, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

“Kami akan membantu mangsa dari semasa ke semasa bagi memastikan nasib mereka terbela,” katanya.

Ketua Balai Bomba Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan 2 Mohd Salleh KVP Mohamed berkata, punca sebenar kebakaran masih disiasat.

Siapa Mat Indera


2011/09/08

pix_gal0
Pejuang atau pengganas

SIAPA sebenar Ahmad Indera atau Mat Indera? Persoalan ini mencetuskan polemik selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, 61 tahun lalu, sebagai pejuang kemerdekaan.

Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Khalid dakwa ada konspirasi

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 7 Sept. – Ekoran tidak berpuas hati dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengambil tindakan terhadapnya kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau bulan lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini cuba menyerang pihak berkuasa agama itu dengan mengaitkannya dengan UMNO.
Malah, hari ini Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.
Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.
“Mereka (para pegawai JAIS) masih mempunyai pemikiran lama. Mereka dengan UMNO menggunakan peraturan tauliah untuk menyekat pergerakan Pas mengadakan ceramah di masjid dan surau.
“Pas dilihat lebih mendekati masyarakat melalui aktiviti ceramah di masjid dan surau. Mereka tidak mahu perkara ini berlaku atas kepentingan politik, maka mereka ambil tindakan menggunakan larangan ceramah tanpa tauliah.
“Kita (pemimpin Pas) mengadakan ceramah di masjid dan surau. Pas sebagai sebuah parti Islam, sudah tentukah kita selitkan hal-hal yang berkaitan tentang agama Islam dalam ceramah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Khalid menyatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau pada Ogos lalu.
Dalam kenyataannya semalam, beliau menyatakan, pihaknya tidak menyatakan tauliah mengajar tidak perlu sebaliknya kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.
Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi semalam untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
Berdasarkan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Khalid berkata, meskipun JAIS ketika ini di bawah pentadbiran parti-parti pembangkang, masih ramai pegawai pihak berkuasa agama itu merupakan orang yang sama ketika pentadbiran BN sebelum tahun 2008.
“Pegawai-pegawai JAIS yang ada adalah orang yang sama seperti sebelum ini (pentadbiran BN) kita tidak pecat mereka kerana kita tidak mahu bertindak zalim. Kita tidak boleh pecat mereka,” ujarnya.

Pengurusan Jenazah


Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. 

Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita. 
~~~~~~~ InsyaAllah ~~~~~~~

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
  1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
  2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
  3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.
Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,
Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.
Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?
  1. Perlu berada di sisinya.
  2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :
Ash-hadu allah illaha illallah.....(cari tulisan jawi !!!!!!)
di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.
  1. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.

  1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :
    Hendaklah kita ucapkan :
  1. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.
  2. Rapatkan kedua belah matanya.
  3. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
  4. Rapatkan mulutnya.
  5. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.
  6. Luruskan kakinya.
  7. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. 
  8. Letakkan di tempat yang tinggi.
  9. Hadapkan ke Qiblat.

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
  1. Memandikannya.
  2. Mengkafankan jenazah.
  3. Solat ke atas jenazah.
  4. Mengebumikannya.

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.
Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

  1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
  2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
    Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.
  3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
  4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
  5. Urusan menggali kubur.
  6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
  7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
  8. Ucapan takziah.

  1. Sifat berani.
  2. Sabar.
  3. Amanah.
  4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

  1. Sediakan tempat mandi.
  2. Sabun mandi.
  3. Air daun bidara.
  4. Air bersih.
  5. Sugi - 7 batang.
  6. Sarung tangan - 3 atau 5.
  7. Sedikit kapas.
  8. Air kapur barus.
  9. Baldi serta gayong.
Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :
  1. Kain putih (bidang 45")  - 20 meter bagi dewasa
  2. Gunting
  3. Kapas
  4. Cendana
  5. Kapur barus
  6. Air mawar
  7. Minyak wangi (Minyak Attar)
  8. Tikar jerami
  9. Bantal (dari daun pandan)
  10. Tempat mandi yang khas.
mandi.gif (48727 bytes)
  1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
  2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
  3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri.
  4. Sediakan air sabun.
  5. Sediakan air kapur barus.
  6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
  7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
  8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.
  1. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
  2. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
  3. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
  4. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :
Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :
"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"
  1. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
  2. Siram sebelah kanan 3 kali.
  3. Siram sebelah kiri 3 kali.
  4. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
  5. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
  6. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
  7. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
  8. Lepas itu wudukkan mayat.

    Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :
    "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

    "Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
    Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.
  9. Siram dengan air sembilan.
  10. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
  11. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
  12. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
  13. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
  14. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

Pertama :
Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.
Kedua :Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.
Ketiga :
Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua Telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
Keempat :
Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.
Kelima :Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.
Keenam :
Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum  diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.
Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.

Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.
Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.
Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.
  1. Cara mengerjakan Solat Jenazah
    Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
    Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
    Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.
  2. Rukun Solat Jenazah
    Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
    i.   Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
    ii.  Berdiri bagi yang berkuasa.
    iii. Bertakbir empat kali.
    iv. Salam
  3. Lafaz niat solat jenazah :

    a.  Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"
d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"
e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"
  1. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
  1. Takbir yang pertama :

    Membaca lafaz :   
Allahu Akbaru (Allah Maha Besar). 
Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :
  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang. 
  2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
  3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
  4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan.
  5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
b. Takbir yang kedua.
Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".
c.       Takbir yang ketiga :
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :


"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

d.      Takbir yang ke empat.
Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini :
 
"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri dengan membaca :

  Back | Home