Sunday, 23 October 2016

Berikut adalah komen Ahli Pembangkang Berkenaan Belanjawan 2017

Berikut adalah komen Ahli Pembangkang Berkenaan Belanjawan 2017
Persiden PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail:
“Sudah berapa kali pembentangan belanjawan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ‘lari’ dari menjawab isu 1MDB.”
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin:
“Bagaimana dia nak menyelesaikan hutang-hutang dan tanggungan-tanggungan yang banyak tadi. Jadi kemungkinannya tawaran yang diberi itu amat sedikit kerana keupayaan kerajaan untuk menyelesaikan hutang-hutang termasuk 1MDB tidak dijelaskan.
Ahli Parlimen Kluang (DAP) Liew Chin Tong: 
“Cukai syarikat akan meningkat 9 peratus dan kutipan cukai petroleum akan meningkat 24 peratus, dalam suasana di mana harga petrol tidak semestinya stabil, syarikat tidak dapat keuntungan yang mencukupi. Sasaran itu tidak optimistik dan mungkin tidak realistik.
Presiden Parti Warisan Sabah dan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal:
“Tiada yang baru. Pan Borneo, Sabah, bekalan elektrik, air kita sudah tahu. Apa yang baru? Bagi pandangan saya, tiada apa yang baru.
Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah:
“Akhirnya, diumum skim Perkeso untuk pemandu teksi. Tetapi Najib juga gesa golongan B40 untuk menjadi pemandu Uber.”
Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua:
“Bukannya menangani kelemahan struktur ekonomi, Najib menggunakan ucapan Bajet 2017 untuk mengejek pihak pembangkang.”
Ahli Parlimen Serdang (DAP) Ong Kian Ming:
“Saya berasa sedih untuk pelajar dan petugas universiti awam. Pemotongan untuk dua tahun berturut-turut.” – Astro Awani

KOMEN KAWEGOMO: 
1) Sangat lucu apabila membaca komen pembangkang terutama komen Tian Chua. Panjang lebar teks ucapan bajet, berpuluh-puluh perenggan teks tentang faedah kepada rakyat dan hanya satu ayat sindiran kepada pembangkang..tergamak Tian Chua menyatakan bajet kali ini hanya mengejek pembangkang..aduhh..sungguh dangkal pemikiran dia..adakah hatinya telah "kotor"?? 
Ternyata dalam kepala pembangkan hanya nampak semuanya salah di pihak kerajaan walaupun seribu kebaikan telah dilakukan kerajaan. 
inikah politik yang dikatakan benar dan murni oleh mereka..inikah matlamat perjuangan mereka...melihat tiada kebenaran walau satu pun di pihak musuh mereka. walaupun perkara yang dilakukan terang-terang  memberi manfaat dan kebaikan kepada rakyat. 
2) bajet 2017- merupakan bajet paling menyeluruh. Duit kerajaan bergerak di semua peringkat rakyat..tidak kira mereka orang susah, driver teksi, imam, bilal, siak, golongan muda, orang tua, penjawat awam, melayu, cina, india dan lain2.
mungkin disebabkan terlalu menyeluruh menyebabkan ahli pembangkan (kecuali PAS) panas punggung sehingga bertindak keluar dewan disebabkan hanya PM menyindir dengan satu ayat biasa.
3) sangat pelik..selama bertahun2 pembangkang mengeji, mengutuk dan menghina kerajaan dan PM melalui pelbagai medium, tapi dengan hanya satu sindiran yang bagi saya tidak seberapa daripada PM..membuatkan pembangkang menjerit2 seperti kerasukan, dan bertindak keluar dewan. 
Inikah wajah sebenar pembangkang di Malaysia??? ..semoga rakyat terutama generasi muda menilai perilaku mereka yang diangkat sebagai Yang Berhormat ini...
persoalannya; untuk pembangkang beragama Isalm,dimanakah adab Islam dalam perbuatan politik mereka??
bagi pembangkang bukan Islam.. dimanakah adab moral anda??


MAIK Terima Wang Ehsan Kerajaan Persekutuan

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini berkongsi dana wang ehsan negeri Kelantan pada nisbah 50:50 dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP Kelantan).
Bagaimanapun, pelaksanaan Program Wang Ehsan tertakluk kepada siling RM25 juta setahun bagi setiap agensi pelaksana.

Majlis pemeteraian perjanjian itu berlangsung di parlimen, pagi tadi setelah kerajaan persekutuan melantik MAIK sebagai agensi pelaksana Program Wang Ehsan Kelantan.

Ia disaksikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra yang juga Yang Dipertua MAIK dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Pembabitan MAIK diharap dapat memperluas dan meningkatkan lagi Program Wang Ehsan Negeri Kelantan.

Fokus pelaksanaan program masih dikekalkan kepada membasmi kemiskinan, bantuan persekolahan, ibu tunggal dan anak yatimPelantikan MAIK sebagai agensi pelaksana bersama JPP Kelantan adalah selaras dengan cadangan dikemuka oleh pihak Istana Negeri Kelantan.- CF (WD 

Saturday, 3 September 2016

BUKTI KERAJAAN PUSAT TIDAK MENG"ANAK TIRI"KAN KERAJAAN KELANTAN

Kerajaan Pusat telah banyak menyalurkan peruntukan kepada kerajaan Negeri Kelantan.
walalupun di tohmah dan di fitnah oleh sesetengah pihak. Namun fakta telah menidakkan segala fitnah tersebut.

Antara Bantuan yang disalurkan selepas peristiwa banjir besar yang melanda Kelantan adalah:

1)RM 392 Juta telah diberi untuk membaiki landasan Keretapi yang rosak teruk

2)RM 88.4 Juta utuk baik pulih Elektrik yang terputus

3)RM 36.3 Juta diberi kepasa AKSB untuk pulihkan kembali air Kelantan

4)RM 12 Juta diberi untuk baiki insfrastruktur seperti baiki longkang, jalan dan lain-lain.

5)25,000 keluarga sudah menerima wang ihsan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga.

Banyk lagi peruntukan telah diberi kepada Kerajaan Negeri. Walaupun di fitnah dengan pelbagai perkara.

Cuba bayangkan jika betul Kerajaan Pusat tidak membantu. Sudah pasti rakyat Kelantan bergelap dan masih menggunakan air kotor sama seperti semasa keadaan banjir dahulu.

Walaupun ada yang mengatakan adalah tugas Pusat membantu kerajaan Negeri, namun walaupun dibantu masih ada suara-suara yang mengatakan Pusat menganaktirikan kerajaan Negeri.

Sama-sama kita muhasabah diri, dengan menyebarkan fitnah dan menambah fitnah tidakkah kita berasa berdosa..


Saturday, 9 April 2016

KENYATAAN MEDIA MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI MALAYSIA: KEPUTUSAN KERAJAAN BERKENAAN PERMOHONAN RM1.5 BILLION DARI PROTON

1. Kerajaan hari ini meluluskan permohonan PROTON untuk mendapat pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion. Pinjaman ini adalah sebahagian besarnya untuk membolehkan PROTON membuat pembayaran kepada vendor-vendor yang membekalkan komponen kepadanya.

2. Kerajaan juga bersetuju supaya beberapa syarat dikenakan untuk memulihkan perniagaannya. Di antara syarat-syaratnya ialah PROTON perlu meyakinkan Kerajaan tentang model perniagaan baharunya supaya perniagaannya berdaya maju dan berdaya saing. Secara khususnya, PROTON di antara lain perlu melaksanakan perkara-perkara berikut:

(a) mewujudkan pelan penstrukturan semula PROTON (turnaround plan);

(b) menyediakan pelan strategik untuk memperluaskan pasaran di dalam dan luar negara; dan

(c) mendapatkan rakan kongsi asing terkemuka yang akan membantu dalam R&D dan menjadi syarikat yang berdaya maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

3. Sebuah Pasukan Petugas diketuai oleh Dato’ Sri Idris Jala, Ketua Eksekutif PEMANDU akan ditubuhkan untuk memastikan program transformasi ini berjaya.  Pasukan ini akan mempunyai 3 wakil dari sektor swasta dan 3 wakil lagi dari sektor awam. Wakil-wakil Kerajaan adalah bagi mewakili Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Unit Perancang Ekonomi; manakala, wakil-wakil sektor swasta akan dikenalpasti secepat mungkin.

4. Selain daripada memastikan syarat-syarat pinjaman mudah dipatuhi, Pasukan Petugas ini juga dikehendaki meneliti model perniagaan PROTON pada masa lalu, mengenal pasti kelemahan serta langkah-langkah untuk mengatasinya.

5. Kerajaan sedar bahawa industri automotif adalah sebuah industri yang strategik. PROTON mempunyai 12,000 orang pekerja yang bekerja secara langsung, dan kira-kira 50,000 orang lagi yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor yang bergantung kepada PROTON.

6. Keputusan Kabinet pada hari ini adalah juga bagi mengambil kira kebajikan kira-kira 60,000 orang pekerja yang bergantung secara langsung kepada masa depan PROTON.

Dato’ Sri Mustapa Mohamed
8 April 2016

"Tanpa diketahui sebabnya, penjualan kereta Proton terus merosot."

Itu yang dinyatakan oleh Tun Mahathir semalam. Kenyataan ini sukar untuk kita fahami kerana beliau sebelum ini ialah penasihat dan pengerusi eksekutif Proton. Sebagai pengerusi, beliau patut lebih tahu kenapa jualan Proton menjunam.

Malaysia adalah sebuah negara kecil tetapi tahukah anda bahawa negara kita ada dua projek kereta nasional, iaitu Proton dan Perodua? Siapa yang buat dasar ini? Jika Perodua berjaya, ia juga kereta nasional. Kira-kira 50% saham Perodua dimiliki secara langsung oleh PNB, ia mencatat keuntungan besar dan mampu membayar dividen kepada pemegang saham. Satu projek kereta nasional berjaya, satu lagi menghadapi cabaran. Sebagai sebuah negara kecil, dasar menetapkan dua projek kereta nasional adalah tidak wajar.

Masihkah anda ingat bahawa Proton pernah mendapat keuntungan yang besar? Ia amat berjaya satu ketika dahulu sehingga dapat membeli sebuah bank iaitu EON Bank.

Kita semua maklum bahawa kejayaan Proton bukan semata-mata kerana keretanya terbaik tetapi kerana perlindungan dalam bentuk duti import dan eksais yang lebih tinggi yang dikenakan ke atas kereta-kereta lain, sehingga perbezaan harga kereta Proton dengan kereta lain mencecah puluhan ribu Ringgit walaupun dalam kategori CC yang sama.

Tiada siapa yang menafikan bahawa Proton membayar cukai, tetapi syarikat-syarikat kereta yang lain seperti Perodua, Mazda, Mercedes, Toyota dan Honda juga membayar cukai, duti eksais, cukai koporat dan GST. Mereka juga menyumbang kepada hasil negara tetapi ia tidak bermakna mereka berhak mendapat Bailout atau bantuan kerajaan tanpa sebarang syarat.

Izinkan saya memberi satu contoh. Jika harga kereta anda sepatutnya RM50,000  tetapi disebabkan perlindungan yang diberikan kepada Proton, harganya adalah RM100,000.  Jika anda meminjam RM90,000 untuk tempoh 9 tahun pada kadar faedah 4%, anda membayar RM32,400 untuk kadar faedah sepanjang tempoh pinjaman. Sebaliknya, jika pinjaman anda RM45,000 untuk tempoh 9 tahun pada kadar 4%, anda hanya membayar RM16,200.

Oleh kerana perlindungan kepada Proton dan harga kereta mahal, anda sebenarnya membayar RM132,400 dan bukannya RM66,200. Ini bermakna jika tiada dasar perlindungan, anda akan mempunyai wang lebih dalam poket sebanyak RM66,200. (RM132,400 – RM66,200).

Ada pihak yang membuat analisa sejak Proton telah ditubuhkan, pengguna telah membayar kira-kira RM300billion dalam bentuk cukai untuk kereta yang mereka beli dan kadar faedah yang lebih tinggi untuk pinjaman yang lebih besar. Ini bermakna pengguna Malaysia telah membayar RM10billion setahun untuk membantu Proton.  Ini adalah pengorbanan pengguna Malaysia. Sekiranya Proton bukan projek nasional, pengguna akan mempunyai wang yang lebih untuk tujuan perbelanjaan lain. Seperti contoh di atas, pengguna terbeban dengan RM66,200 bagi setiap kereta yang mereka beli untuk tempoh 9 tahun.

Tahun lepas, Tun Mahathir pernah berkata -  “Harga kereta asing lebih tinggi perlu, untuk mengukuhkan Proton”. Adakah Tun Mahathir mahu rakyat terus menanggung beban kewangan ini?


Wednesday, 7 October 2015

Professor Teo Kok Seong saran perlunya SEKOLAH SATU ALIRAN

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Masih belum terlambat untuk kerajaan ‘campur tangan’ dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan perpaduan antara kaum melalui sistem sekolah satu aliran. 

Teo Kok Seong Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memecahkan sentimen perkauman yang semakin menebal khususnya dalam kalangan generasi muda. 

Jelasnya, kewujudan sekolah vernakular hanya akan memburukkan keadaan kerana berterusan melahirkan generasi yang cenderung mengamalkan polarisasi dalam kehidupan. 

Malah katanya, Malaysia dilihat semakin hilang semangat perpaduan antara kaum apabila wujudnya masyarakat mengamalkan sikap berpuak-puak yang bukan hanya berlaku dalam arena politik negara, malah di peringkat institusi pengajian tinggi dan tempat kerja. 

“Negara telah merdeka sejak 58 tahun lalu dan sepatutnya cukup matang untuk berdiri dengan bahasa rasminya. Ini tidak, bahasa yang dibawa oleh penjajah masih diagungkan. 

 “Masih tidak terlambat untuk negara dirikan sekolah satu aliran. Biarlah orang kata ‘sesat di tengah jalan tetapi pulang ke pangkal jalan’ daripada terus membiarkan negara dijajah semula oleh orang asing. Kerana itu mempertahankan perpaduan perlu segera dilakukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berhubung sistem sekolah satu aliran merupakan antara usaha yang perlu diutamakan oleh kerajaan bagi memastikan setiap murid daripada pelbagai kaum dapat mengenali antara satu sama lain. 

Tambahnya, tujuh jenis sistem pendidikan sekolah rendah yang ada pada masa ini juga menjadi ‘duri’ yang menghalang penyatuan pelbagai kaum di Malaysia. 

“Kewujudan sekolah swasta, persendirian Cina, antarabangsa serta belajar di rumah perlu dimansuhkan sementara sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan agama digabungkan dalam sistem sekolah satu aliran. 

“Belajar tanpa mengira bangsa (kaum) di dalam satu kelas akan melahirkan generasi yang menghormati agama lain, sekali gus perpaduan dapat dieratkan,” ujarnya.-Utusan Malaysia

KAWEGOMO -  Satu lagi kami bawa pendapat yang bernas. Saranan yang lahir daripada seorang Profesor berbangsa Cina yang cintakan negaranya . Beliau melihat betapa sekolah aliran vernakular telah banyak mendatangkan kesan buruk kepada penyatuan generasi akan datang. Aliran vernakular telah menjadi duri dalam daging sejak sekian lama dan patut dimansuhkan segera.

Sunday, 27 September 2015

Mufti Perak saran mansuh sekolah vernakular

BANGI, Rabu – Dalam usaha memecahkan sentimen perkauman di negara ini, pemansuhan sekolah vernakular dilihat sebagai salah satu jalan penyelesaian terbaik.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, cadangan tersebut telah dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri Kabinet yang lain.
Bagaimanapun, menurutnya disebabkan kaum lain meminta supaya perkara itu ditangguhkan, maka sehingga hari ini sekolah-sekolah tersebut tidak beroperasi.
“Yang jadi masalah, saya dah tegur daripada dulu, saya dah jumpa perdana menteri dan saya dah jumpa menteri semua. Saya kata, masa kemerdekaan dulu, perjanjiannya sekolah hanya satu iaitu sekolah kebangsaan.
“Sekolah Cina akan ditutup dalam masa enam bulan, sekolah India juga akan ditutup dalam masa enam bulan. Semua bersetuju pada masa itu. Tetapi oleh kerana Cina minta tangguh, kita pun kata ya, ya, ya sampai sekarang,” katanya, lapor Sinar Harian.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan yang sering memberi muka kepada kaum lain untuk memerintah.
“Saya tanya kepada Najib, kalau sudah Cina dan India tidak mahu kerjasama dengan kita, kenapa kita pujuk? Dia (Najib) kata kita takut kalah. Sekarang pun kita kalah dah.
“Kenapa mesti nak lantik menteri Cina? Tak perlu ada menteri Cina, biar Melayu memerintah, kita tunjuklah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengambil contoh Singapura yang membubarkan sekolah Melayu dan Cina sehingga menjadikan peradaban rakyat di negara jiran itu lebih baik berbanding di negara ini.
Tambahnya, jika sistem satu aliran ini diperkenalkan, masyarakat bukan Melayu di Malaysia akan menjadi seperti masyarakat di Indonesia dan Thailand yang bertutur menggunakan bahasa kebangsaan.

KAWEGOMO- Amat bersetuju dengan kenyataan dan saranan TSHZ. Sepatutnya sekolah satu aliran dilaksanakan sejak dahulu lagi. Setelah 58 tahun merdeka, hubungan antara kaum di Malaysia yang sepatutnya lebih utuh nampaknya terjadi sebaliknya. Transformasi dalam bidang pendidikan perlu dilakukan segera sebelum terlambat. Konsep 1 Malaysia dalam bidang pendidikan akan tercapai sekiranya sekolah vernakular dimansuhkan dan digantikan dengan sekolah SATU ALIRAN.